Followers


Monday, March 28, 2011

CiNtA ALLAH SWT...CiNtA aBaDi...



                                    Seorang hamba Allah sedang jatuh cinta padaNyaKetika seorang hamba jatuh cinta pada Allah, Penciptanya dan kekasihnya

Abdullah, seorang hamba Allah, sedang jatuh cinta pada Allah
Dia ikrarkan cintanya padaNya,"Aku cinta padaMu",.....Dia ikhlaskan dua kalimat syahadat
Dia cinta padaNya, ....Dia berzikir siang dan malam
Dia rindu padaNya, ....Dia bangun shalat malam tahajjud dan dia bersujud
Dia bergelora dalam cintanya padanNya,... Dia sucikan hatinya
Dia senang mendengar namaNya, ....Bergetar dia mendengar lantunan ayatNya
Dia gemar selalu menyebut namaNya,....Dia bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir

Dia senang membaca surat cintaNya, ....Dia baca AlQuran
Dia selalu nyanyikan lagu cinta untuknya,... Dia kumandangkan azan untuk shalat
Dia kagum dengan karakterNya,....Dia contoh sifat sifatNya
Dia selalu membayangi wajahNya,....Dia lembutkan hatinya
Dia salut dengan kepandaianNya,....Dia pakai akalnya selalu untuk berpikir

Dia suka berdua denganNya, ...Dia dirikan shalat
Dia suka bersenda gurau denganNya, ...Dia panjatkan doanya dengan khusyuknya
Dia suka mengunjungi kekasihnya, ....Dia pergi naik haji

Dia suka berjanji padanya, ....Dia lakukan puasa
Dia suka memberi hadiah padaNya, ...Dia bayarkan zakat, infaq, sedeqahnya
Dia senangkan keluargaNya, .....Dia sayangi anak yatim piatu dan orang orang miskin
Dia cintai kecintaanNya, .....Dia bersalawat atas nabiNya
Dia kasihi waliNya,..... Dia dekati orang orang saleh

Dia ikuti hobiNya, .....Dia pergi ke pengajian
Dia cintai pekerjaanNya, ....Dia berbuat baik pada semua manusia
Dia selalu memimpikanNya, ....Dia selalu bertobat dan berharap padaNya
Dia suka berjalan jalan denganNya, ....Dia pergi berjihad fisabilillah
Dan seterusnya

Duhai mesranya cinta Abdullah pada Sang KhaliqNya
Duhai indahNya berjatuh cinta padaNya
dan Dia menjamin membalas Cinta yang mencintaiNya
Maha Cinta Allah yang Maha Indah

Maha Suci Allah yang Maha Besar
Yang memiliki semua Cinta
Dan membenci semua Kebencian
Dan menyiramnya dengan cintaNYA

Friday, February 4, 2011

Ratu Hatiku




'Kasih seorang insan yang bergelar MAMA'

    Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang  baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang  jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang  masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan,Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...
     Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk...
      Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
      Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,"kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
      Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
 "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.''

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium  tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak  berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,'love u mom'



TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU.. (^_^)


Coretan Seorang Sahabat Buat Bakal Suami…Dan Ingatan Buat Bakal Isteri
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
  Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.
Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
  Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.
  Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
  Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
  Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.
  Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.
  Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.
  Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
  Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
  Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
  Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.
  Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku..<3.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Thursday, January 27, 2011

Rasa Cinta



Ingin bersama sepanjang masa
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang 
si dia yang tercinta 
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

WaNiTa 
MeNgApA....?????
wanita hati mereka lembut... 
apabila kumbang pilihan idaman hati melafazkan kata ''CINTA''
wanita itu b'kata kumbang itu jodohnya yang terbaikk
tetapi wanita kamu ingatlah kumbang itu belum tentu
ikhlas dan benar2 menyayangimu dan mencintaimu kerana ALLAH SWT..

 wahai wanita mengapakah kamu mencintai kumbang itu
sehingga sanggup berkorban apa saja jiwa raga ..harta ..nyawa dan ''MARUAH DIRI''
demi ''CINTA'' kumbang yang kerana NAFSU semata-mata...
sehingga menyebabkan ANUGERAH YANG PALING BERHARGA
dilahirkan ke dunia yang tidak BERDOSA menjadi mangsa....

wahai wanita sedarlah...sedarlah...
janganlah kau lalai dengan ''CINTA PALSU'' itu..
aku memahami perasaanmu terhadap kumbang tersebut 
tetapi kau boleh menilai kumbang tersebut samaada 
''DIA'' mencintai kau kerana ALLAH SWT ...
ataupun kerana ''NAFSU'' semata-mata...

Jika kumbang tersebut adalah ''lelaki yang BAIK dan SOLEH''
DIA akan mengubah kau menjadi WANITA SOLEHAH 
Dan DIA juga akan cuba menasihati kau dan membimbing kau ke arah kebaikan...
DIA akan melakukan sehabis baik untuk kau
supaya KAU menjadi TETAMU DI SYURGA kelak...

Jika DIA jodohmu yang diatur oleh ALLAH SWT ...
DIA akan sentiasa mengingatkanmu kepada ALLAH SWT..
jadilah wanita yang SEJATI dan SOLEHAH
kerna andai SOLEHAH ,, SOLEH lah yang akan kau miliki...
janganlah engkau mudah TERMAKAN dengan kata2 
KUMBANG yg CINTAKAN KAU semata2 kerana NAFSU

Jadilah WANITA yang MENGHARGAI DIRI ..dan AGAMA
Carilah CINTA ILAHI dahulu barulah CINTA lelaki..(SUAMI)

direka oleh: Nur Munirah SDN.BHD
''Kita Sama''

BerDoa....minta PadaNYA

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta Nafsu

Ya Rabbana,,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, ,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, ,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya ,
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi,
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-MU.


Ya Allah,,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu

yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Amin Ya Rabbal Alamin...